PETALING JAYA: Polis Sepang sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi awal pagi ini.
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata polis menerima laporan itu kira-kira 5.54 pagi dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Katanya, siasatan dibuat mengikaut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
"Orang awam dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini.
"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Farizi Ramlee di talian 014-3145347," katanya dalam satu kenyataan.
