Difahamkan, setakat ini humanoid di Chimelong Spaceship Park hanya satu eksperimen berskala besar.

By Mike | 20 Oct 2026, 03:42 PM
Cover image via Fast Company
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Salah satu pengeluar robot AgiBot telah melepaskan lebih 300 robot berautonomi ke dalam satu taman tema di China
Menurut laporan daripada Fast Company, robot-robot ini akan dibiarkan berlegar-legar di ruang jalan kaki dan hotel Chimelong Spaceship Park di Hengqin, Guangdong.
Di sana, robot-robot ini bakal menyapa, menunjukkan arah, menjawab pertanyaan, atau menjadi pemandu pelancong anda untuk mengelilingi taman tema itu.
Selain itu, terdapat banyak lagi robot humanoid lain yang akan berinteraksi dengan kanak-kanak bermain dengan mereka dan ada juga yang menjalankan tugas-tugas harian pengoperasian taman.

Semua 300 robot itu menggunakan kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh AgiBot bersama Chimelong Group. Robot-robot ini bukan sahaja menjadi satu tarikan terbaru tetapi akan diintegrasi ke dalam hiburan, pendidikan, perkhidmatan pengunjung, peruncitan dan operasi hotel.

Ini sekaligus membuat humanoid yang ada di sana menjadi kakitangan taman tema.
Perkara ini merupakan satu eksperimen besar untuk melihat data humanoid berinteraksi dengan dunia. Semua perkara seperti rasa, pergerakan, dan manipulasi dunia sebenar hanya terhad kepada pemahaman AI itu sahaja.
Robot memerlukan "kekecohan" manusia yang tiada skrip
Jika tiada keadaan resort yang mempunyai jutaan pelawat setahun seperti Chimelong Park, robot-robot ini tidak mempunyai data untuk revolusi industri besar seterusnya.
Pengerusi Chimelong Group, Su Zhigang mengatakan penggunakaan teknologi ini menambah satu elemen futuristik kepada taman tema dan mengubah cara pelancong dibentuk.

Melalui inovasi, Chimelong kini komited untuk menetapkan satu penanda aras baharu industri untuk mengubah pengalaman pelancong kepada pengalaman lebih berinteraktif.
AgiBot juga mengesahkan keselamatan adalah sesuatu yang utama dimana robot itu akan mengelak halangan secara autonomi dan mekanisme hentian akan berlaku jika terdapat sentuhan fizikal.

Tetapi teknologi ini masih belum sempurna masih tidak mampu melakukan semua tugasan manusia secara bebas. AgiBot mengatakan semua ini hanyalah fasa pertama dan akan mengembang kepada semua resort Chimelong yang lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
