Pelajar terbabit dilaporkan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Cover image via Astro Awani & Kosmo!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar berusia 19 tahun yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, selepas terpaksa menangguhkan pengajian ke universiti akibat kekangan kewangan
Apa yang lebih menyentuh hati, pelajar terbabit dilaporkan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Menurut laporan Kosmo!, Asyraf Wajdi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan supaya menghubunginya dengan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Menurutnya, kisah itu mengingatkannya kepada seorang pelajar cemerlang dari Kampung Pahat, Gerik yang turut terpaksa menangguhkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana masalah kewangan.
Pelajar berkenaan dilaporkan bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang bagi mengumpul wang untuk menyambung pengajian.
Keadaan keluarganya juga difahamkan tidak mengizinkan apabila bapanya terlantar di atas katil akibat serangan angin ahmar, manakala ibunya turut uzur.
Susulan itu, Asyraf Wajdi menyatakan komitmennya untuk membantu kedua-dua pelajar terbabit supaya mereka dapat meneruskan pengajian dengan bantuan yang sewajarnya
"Insya-Allah untuk kedua-dua kes ini, saya akan bantu segera dan pastikan mereka dapat menyambung pengajian dengan segala bantuan yang diperlukan.
"Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hanya ilmu yang boleh merubah kehidupan,"
katanya.
Kisah ini mencerminkan cabaran yang terpaksa dihadapi sesetengah anak muda untuk melanjutkan pelajaran meskipun mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
Semoga usaha menghulurkan bantuan ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian dan mengejar cita-cita demi masa depan yang lebih baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
