PETALING JAYA: Kemelut politik Negeri Sembilan tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) berdepan PRN Melaka.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata apa yang penting strategi disusun pucuk pimpinan diterjemah jentera parti bagi meraih kemenangan pada PRN itu.
"Strategi yang baik tetapi tidak dilaksanakan, itu juga akan menggagalkan perancangan kita.
"Kita buat strategi cantik-cantik, pada zahirnya sangat baik, dan ramai orang yang akan mengundi ataupun dikategorikan sebagai pengundi putih kepada BN, tetapi kalau kita tidak buat (mereka) keluar (mengundi) pun tak bermakna, dia tidak masuk ke dalam peti undi," katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa), di Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka pada 14 Nov depan dengan penamaan calon 31 Okt, manakala undi awal 10 Nov.
PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima dan Perikatan Nasional, dua.
