
Beberapa hari kini masih lagi terngiang-ngiang soalan berani seorang mahasiswa wanita daripada Universiti Malaya kepada Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi, menteri besar Johor. Backlash atau tindakan balas terhadap mahasiswa tersebut daripada orang Melayu memang saya sudah jangkakan. Saya dah biasa dengan backlash sedemikian. Bila kita orang Melayu hendak menasihati orang Melayu memang ini padahnya. Namun demikian, dalam artikel ini saya hendak mengajukan empat soalan tentang isu ini yang perlu direnungi oleh kita semua. Saya tidak tahulah sama ada orang Melayu boleh berubah atau tidak, minat nak berubah atau tidak ataupun mereka rasa kaum mereka telah pun sempurna dan hanya orang lain perlu berubah. Apa-apa pun jawapannya saya tanya jugalah soalan-soalan saya.
Soalan pertama saya adalah berkait dengan kenapa KJ kembali ke Umno? Kalau jawapan beliau kepada mahasiswa itu nampak macam suatu yang berprinsip dan bermoral, kenapa beliau kembali menjadi ahli Umno, despite knowing pasal isu pemgampunan dan kes rasuah yang sejelas-jelasnya dibuktikan di mahkamah? KJ adalah seorang yang cukup hebat. Beliau kena campak daripada Umno tetapi menjadi lebih penting dan lebih dipercayai dan diyakini semua golongan masyarakat setelah dibuang. Daripada seorang ‘menantu PM’ KJ berupaya membuat reinvention sebagai seorang personaliti media yang paling popular. Bagaimanakah seorang yang bergelumang dengan parti seperti Umno dan menjadi figura kontroversial sebagai ketua Pemuda Umno boleh pusing 180 darjah menjadi personaliti yang ada ‘kredibiliti’ di kaca mata semua rakyat termasuk merentas jurang kaum?
That is something incredible yang saya tidak pernah lihat. Berbanding dengan populariti Rafizi Ramli, KJ menang hands down. Rafizi hanya seorang one dimensional politician tetapi KJ memperlihatkan sifat multi-dimensional yang cukup mengagumkan. Tetapi, saya tahu yang beliau sebenarnya tidak pernah berubah langsung dan terbukti apabila beliau kembali ke pangkuan Umno kenyataan-kenyataannya sudah menjadi perangai Umno yang lama. Kenapakah KJ tidak menyahut seruan rakannya Ong Kian Ming untuk membuka wadah baharu politik? Saya kira kata ‘orang putih’ memang benarlah a leopard never changes its spots.
Soalan kedua saya pula adalah kepada Onn Hafiz. Beliau telah menjawab soalan mahasiswa tersebut dengan suatu syarat iaitu semua pendakwaan rasuah jangan ada sifat pendakwaan terpilih atau selective prosecution. Saya hendak bertanya soalan kepada Onn, adakah kes Najib Razak itu suatu selective prosecution? Kita semua boleh mengikuti the money trail dalam kes SRC dan juga 1MDB. Bukan seperti kes Anwar Ibrahim dulu dengan perubahan tarikh, tempat serta forced confession dua saksi dan macam-macam kerenah yang membuatkan sesiapa mengikuti kes tersebut tidak yakin langsung terhadap pertuduhan dan penghukuman.
Sekarang kita ada RCI Tabung Haji dan pendakwaan pun sedang dijalankan. Kejap nanti kes Felda, Mara dan entah berapa banyak kes lagi. Dalam RCI kita semua jelas mengikuti kenyataan penyiasatan yang terperinci maka apakah yang dimaksudkan oleh Onn tentang selective prosecution itu kita sukar nak pastikan.
Soalan ketiga saya adalah secara umum kepada sesiapa yang seperti Ummi Umairah Bakhit yang cuba dengan ikhlas untuk menegur atau menasihati orang Melayu. Saya telah masak dalam isu ini sebab saya pun telah dapat banyak backlash setelah lebih 10 tahun cuba untuk memperbaiki kaum saya sendiri.
Jelas, dalam pengalaman saya, Melayu yang hendak sokong tidak akan terkata apa-apa secara terbuka sekadar hantar WhatsApp sahaja. Tetapi, Melayu yang tidak bersetuju akan banyak memberi bidasan walaupun tak ada logik dan tak ada perbahasan yang munasabah. Di mana tokoh-tokoh Melayu bukan politik yang bakal menyokong Ummi? Memang tidak akan menjelma dalam kalangan ahli agama, profesor atau tokoh korporat yang berwibawa. She will be alone. Tetapi, kalau ada ahli politik Melayu yang mengecam bukan Melayu, maka ramailah yang akan keluar menjadi hulubalang bangsa. Saya kasihan kepada Ummi yang beranggapan Melayu yang cerdik pandai akan banyak menyokongnya dengan lantang. It will not happen, I am afraid.
Soalan keempat saya adalah implikasi masa depan Melayu. Kita telah melihat kemenangan besar PAS dan Umno di Johor dan Negeri Sembilan. Jangkaan mudah Melaka pun akan dimenangi secara besar oleh PAS dan Umno akan membuktikan penolakan terhadap sindiran Ummi tentang parti politik Melayu dan rasuah. Saya telah pun menulis dengan jelas pandangan akademik saya bahawa Melayu ramai yang tidak kisah tentang rasuah dan itu pun banyak dapat backlash.
Maka itu, saya menyimpulkan negara kita ini tidak ada masa depan yang cerah sebab kuasa mengundi majoriti tak mahu berubah dan tak mengaku yang ada pemimpin mereka yang memang jelas bersalah. The first rule of change is within oneself, not with others, itu pegangan saya. Tetapi, malangnya ramai sekaum saya tidak percaya dengan prinsip ini kerana bertongkat kepada kuasa majoritas adalah seruang kejayaan hakiki bagi mereka.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
