Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cristiano Ronaldo kini tersenarai sebagai pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia
Menerusi laporan Harian Metro, pemain bintang itu dilaporkan meraih kira-kira £488,000 (RM2.66 juta) sehari menerusi kontrak lumayannya bersama kelab Al-Nassr sekali gus meletakkan Ronaldo di tangga teratas senarai pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia.
Menurut senarai Forbes, Ronaldo dianggarkan memperoleh sekitar £225 juta (RM1.22 bilion) semusim, merangkumi £187 juta (RM1.02 bilion) daripada Al-Nassr dan £37 juta (RM201 juta) menerusi urusan komersial menjadikan pendapatan itu lebih dua kali ganda berbanding Lionel Messi yang meraih kira-kira £108 juta (RM589 juta) semusim.
Kontrak Messi bersama kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami, memberikannya sekitar £52 juta (RM283 juta) setahun, manakala pendapatan daripada penajaan dan urusan komersial menyumbang tambahan £56 juta (RM305 juta).
Ronaldo dan Messi yang bersaing merebut gelaran pemain terbaik dunia selama lebih sedekad, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan £706 juta (RM3.85 bilion) pendapatan gabungan 10 pemain paling lumayan itu.

Berikut adalah senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi
1. Ronaldo £225 juta (RM1.22 bilion)
2. Lionel Messi £109 juta (RM595 juta)
3. Kylian Mbappe £75 juta (RM409 juta)
4. Erling Haaland £64 juta (RM349 juta)
5. Vinicius Junior £57 juta (RM311 juta)
6. Lamine Yamal £42 juta (RM229 juta)
7. Sadio Mane £41 juta (RM223 juta)
8. Jude Bellingham £34 juta (RM185 juta)
9. Harry Kane £32 juta (RM174 juta)
10. Mohamed Salah £30 juta (RM163 juta)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


Cover image via