PETALING JAYA: Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh akan mempertahankan DUN Tanjung Bidara, manakala Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kekal di Merlimau meskipun sebelum ini memberi bayangan mungkin berpindah ke kerusi lain pada PRN Melaka.
Akmal sebelum ini mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya apabila bertanya sama ada beliau patut bertanding di Serkam atau Sungai Rambai selepas mengucapkan terima kasih kepada pengundi Merlimau.
Senarai calon diumumkan BN turut menyaksikan lebih lima penyandang gabungan itu tidak dipertahankan, selain beberapa muka baharu diketengahkan dan Rais Yasin dipindahkan dari Paya Rumput ke Sungai Udang.
Antara yang digugurkan ialah bekas ketua menteri Sulaiman Ali di Lendu.
Selain itu, penyandang Gadek VP Shanmugam, Zahari Kalil (Durian Tunggal), Kalsom Noordin (Pengkalan Batu), Rahmad Mariman (Ayer Molek), Zaidi Attan (Serkam) dan Siti Faizah Azis (Sungai Rambai).
Rais dipindahkan dari Paya Rumput ke Sungai Udang, kerusi disandang Dr Aleef Yusof daripada Perikatan Nasional (PN).
Paya Rumput tidak ditandingi BN dan termasuk dalam tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada PAS serta rakan dalam PN.
Selain itu, Bemban, Bukit Katil, Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang.
BERITA LANJUT MENYUSUL
