Difahamkan, aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dilarang dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.
Cover image via Kosmo! & Harian Metro
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam berkuat kuasa serta-merta
Menurut laporan Kosmo!, arahan itu dikeluarkan menerusi pemakluman rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026.
Menurut Shamsul Azri, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diarahkan memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada setiap pegawai di bawah seliaan masing-masing.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
Image via Harian MetroArahan sama turut melibatkan jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan segera.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan atau keperluan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan arahan itu boleh dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.
Agensi berkenaan bertindak sebagai penyelaras bagi perkara tersebut

Gambar janaan AI
Berita HarianDalam pada itu, Shamsul Azri turut menegaskan kepentingan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya.
Beliau menghargai perhatian serius semua pihak dalam melaksanakan arahan yang telah ditetapkan kerajaan itu.
Bagaimanapun, pemakluman yang diberikan tidak menyatakan secara terperinci alasan khusus di sebalik larangan penggunaan aplikasi Waze berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
