Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan barisan senarai untuk Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA'26)
Anugerah ini merangkumi beberapa kategori iaitu Kategori Rehat dan Rawat (R&R), Pusat Beli-Belah, Stesen Minyak, Restoran, Hotel, dan Pihak Berkuasa Tempatan
TOTYA'26 adalah inisiatif KPKT untuk mengiktiraf kecemerlangan penyediaan dan pengurusan kemudahan tandas awam yang lebih bersih, selesa dan berkualiti.
Disamping itu, tandas itu perlulah mesra pengguna disamping menyemarakkan budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tandas awam sentiasa digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi terdapat beberapa tandas yang terlalu kotor sehingga jijik untuk tidak digunakan akibat sifat tidak bertanggungjawab pengguna.
Calon-calon Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 mengikut kategori
1. Kategori Rehat Dan Rawat (R&R):
i. Kawasan Rehat & Rawat Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Berhad)

ii. Kawasan Rehat & Rawat ELMINA (ARAH UTARA), Lebuhraya Koridor Guthrie (Prolintas Expressway Sdn Bhd

iii. Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Berhad)

2. Kategori Pusat Beli-Belah
i. 1st Avenue Mall, George Town, Pulau Pinang

ii.Sunway Square Mall, Subang, Selangor

iii.Pavilion Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

3. Kategori Stesen Minyak
i. Petron Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor (Smart Beautyhill Services Sdn Bhd)

ii. Petronas Presint 18, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Fadhlyn Enterprise)

iii. Petron Senai Jaya, Senai, Johor (Azam Inovasi Sdn Bhd)

4. Kategori Restoran
i. Q-Bistro Presint 15 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (NRH Venture Sdn Bhd)

ii. Gemmica Coffee Kuantan, Pahang (Gemmica Coffee Sdn Bhd)

iii. The Lotas (Mamakim) Desa Sri Hartamas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Mamakim Wellness Kitchen Sdn Bhd)

Terdapat dua lagi kategori iaitu bagi Hotel dan Pihak Berkuasa Tempatan
5. Kategori Hotel
i. Hotel Doubletree By Hilton Shah Alam I-City, Selangor
ii. Hotel Mercure, Miri City Centre, Sarawak
iii. Iconic Marjorie Penang, A Tribute Portfolio Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang
6. Kategori Pihak Berkuasa Tempatan
i. Tandas Awam Ujana, Perbandaran Sungai Petani, Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani)
ii. Tandas Awam Tasik Barat, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor (Majlis Bandaraya Shah Alam)
iii. Tandas Awam Taman Bandar Cukai Kemaman, Terengganu
Kesemua calon-calon ini mempunyai tandas yang betul-betul cantik dan kelihatan sangat selesa untuk urusan.
Pemenang anugerah terbaik setiap kategori akan diumumkan pada 20 Oktober 2026 bertempat di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights pada 7:30 malam dan dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

