Kempen itu mencerminkan komitmen Gardenia dan KPM dalam memupuk sahsiah, nilai murni serta tanggungjawab sosial murid.
Cover image via Gardenia
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah bagi Kempen Anti-Buli 'Berani Tegur, Berani Bertindak' 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Tuan Haji Azman Bin Mahsuri.
Kempen yang berlangsung sejak April hingga Oktober ini merupakan inisiatif Gardenia dalam memperkukuh kesedaran terhadap isu buli di sekolah, sekaligus memperkasakan murid supaya berani bersuara, berani menegur dan berani bertindak apabila berdepan atau menyaksikan insiden buli di sekolah.
Sepanjang kempen, seramai lebih 51,000 orang murid dan 4,000 orang guru dari 40 buah sekolah rendah dan menengah telah terlibat secara aktif dalam program ini.

Kempen Anti-Buli 'Berani Tegur, Berani Bertindak' terbahagi kepada tiga komponen utama
Pertama, Jelajah Sekolah yang telah membawa pasukan Gardenia merentasi Zon Tengah, Utara, Selatan dan Pantai Timur. Dalam setiap sesi, murid mendapat pendedahan melalui ceramah kesedaran anti-buli, aktiviti interaktif berunsurkan nilai murni, serta pemasangan poster dan bahan infografik anti-buli di kawasan sekolah. Selain itu, Gardenia turut mengagihkan lebih 12,000 produk Gardenia kepada murid di setiap sekolah yang dilawati.
Kedua, Pertandingan Video Kreatif yang mencungkil kreativiti murid dalam penghasilan video pendek bertemakan 'Berani Tegur, Berani Bertindak' dan terbahagi kepada dua kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, keberkesanan penyampaian mesej, impak kepada penonton serta kualiti secara keseluruhan.
Bagi kategori Sekolah Rendah, SK Lanchang, Pahang dinobatkan sebagai juara dengan hadiah wang tunai RM2,000. Manakala, Naib juara dimenangi oleh SJK(C) Kuang Hwa (RM1,500), diikuti SK Bukit Wan (RM1,000) di tempat ketiga, SK Balok Makmur (RM500) di tempat keempat dan SK Kemahang (RM500) di tempat kelima. Anugerah Video Paling Kreatif dalam kategori ini pula diraih oleh SK(LKTP) Bukit Sagu dengan hadiah RM500.

Bagi kategori Sekolah Menengah, SMK Tinggi Kajang tampil sebagai juara membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000. Naib juara ialah SMK Puchong Permai (RM1,500), diikuti SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (RM1,000) di tempat ketiga, SMK Kemayan (RM500) di tempat keempat dan SMK Bukit Rangit (RM500) di tempat kelima. Anugerah Video Paling Kreatif kat is egori Sekolah Menengah dimenangi oleh SMK Puchong Permai dengan hadiah RM500.
Ketiga, Pertandingan Kesedaran di Media Sosial di mana warga sekolah digalakkan untuk menyebarkan mesej anti-buli menerusi platform media sosial masing-masing menggunakan tanda pagar rasmi #BeraniTegurBeraniBertindak dan #GardeniaAntiBuli. SMK King George V, Seremban tampil sebagai pemenang setelah merekodkan jumlah interaksi tertinggi sebanyak 144,089, dan membawa pulang RM4,000. Majlis penyampaian hadiah pada hari ini melibatkan sekolah-sekolah dari Selangor, manakala satu lagi majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Pahang.
Kempen 'Berani Tegur, Berani Bertindak' Bersama Gardenia 2026 mencerminkan komitmen Gardenia dan KPM dalam memupuk sahsiah, nilai murni serta tanggungjawab sosial murid. Gardenia berharap kempen ini terus menyemai keberanian untuk bersuara dan bertindak dalam mencegah buli, sekali gus membentuk persekitaran sekolah yang lebih selamat, positif dan harmoni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
