Cover image via Sirap Limau
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kempen Pentas Little Star anjuran SirapLimau melabuhkan tirainya dengan kejayaan meraikan bakat kanak-kanak Malaysia apabila Qaisyah Khairunnisa Syahlil, 9, berasal dari Sabah dinobatkan sebagai juara musim pertama pertandingan berkenaan selepas meraih sebanyak 200,889 undi
Sepanjang kempen berlangsung, pertandingan ini menyaksikan penyertaan 20 peserta dengan jumlah keseluruhan 497,087 rekod undian daripada 23,685 pengundi, sekali gus memperlihatkan sokongan orang ramai terhadap bakat cilik yang diketengahkan.
Selain Qaisyah yang muncul sebagai juara, empat peserta turut menerima hadiah sagu hati berdasarkan undian yang diperoleh, iaitu:
- Amatullah Hamidah (191,022 undi)
- Naufa Nur Azween (66,462 undi)
- Nur Khayla Azzahra (55,250 undi)
- Puteri Azalia (23,420 undi)
ㅤ
Bagi Qaisyah, kemenangan ini bukan sekadar kejayaan dalam pertandingan, malah menjadi satu langkah untuk merealisasikan impiannya dalam bidang nyanyian. Dia berharap dapat mengikuti jejak langkah kakaknya, Qahirah, yang pernah mewakili Malaysia ke World Championship of Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Simpan impian untuk menjuarai Pertandingan Sugandoi Dazanak peringkat negeri Sabah yang akan datang
Pada masa sama, Qaisyah berharap dapat menjadi seorang penyanyi yang berkebolehan, berilmu dan terus mengembangkan bakatnya dalam bidang seni suara.
"Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai salah satu impian saya, iaitu memenangi pertandingan ini.
"Selepas kemenangan ini, saya berharap dapat mengikuti jejak langkah kakak saya, Kak Qahirah, yang pernah mewakili Malaysia ke World Championship of Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Saya juga menyimpan impian untuk menjuarai Pertandingan Sugandoi Dazanak peringkat negeri Sabah yang akan datang. Selain itu, saya berharap agar suatu hari nanti dapat menjadi seorang penyanyi yang berjaya, berilmu dan terus mengembangkan lagi bakat dalam bidang seni suara," katanya.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian bermakna buat para peserta, malah mencerminkan sokongan ibu bapa dan komuniti dalam memberikan ruang kepada anak-anak untuk berkongsi bakat serta mengejar impian mereka.
Bagi Puan Shanty Jaunan, ibu Qaisyah, perjalanan anaknya sepanjang menyertai Pentas Little Star merupakan pengalaman yang penuh makna, terutama apabila melihat kesungguhan anaknya berusaha untuk mencapai impian.
"Pada awalnya, saya akui agak sukar untuk membayangkan Qaisyah menjuarai pertandingan ini kerana peserta Top 20 turut dibarisi bakat-bakat yang sudah dikenali dalam dunia hiburan, seperti adik Azalia, adik Cinta Suci dan lain-lain.
"Namun, apabila melihat kesungguhan Qaisyah untuk memenangi pertandingan ini, kami sebagai ibu bapa akan sentiasa memberikan sokongan dan melakukan yang terbaik untuk membantunya mencapai kejayaan," ujarnya.
Sirap Limau harap Pentas Little Star terus jadi platform bakat cilik
Menurut Siti Haidatina, Pengurus Kempen, Pentas Little Star, pihaknya berharap pertandingan itu dapat diteruskan sebagai platform untuk mencungkil dan mengetengahkan lebih ramai bakat cilik di Malaysia.
"Kami berharap Pentas Little Star dapat diteruskan sebagai platform untuk mencungkil dan mengetengahkan lebih ramai bakat cilik di Malaysia. Menerusi musim pertama ini, kami melihat sendiri betapa ramai kanak-kanak yang mempunyai bakat luar biasa dan berpotensi untuk pergi lebih jauh jika diberikan peluang serta bimbingan yang sewajarnya.
"Kami juga berharap pertandingan ini dapat menjadi titik permulaan kepada perjalanan mereka dalam bidang yang diminati, sama ada nyanyian, lakonan atau bakat lain yang mereka miliki.
"Semoga semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini akan terus dibawa oleh setiap peserta untuk mengembangkan bakat dan mengejar impian masing-masing," jelasnya.

Sirap Limau berharap dapat terus menyokong perkembangan bakat generasi muda menerusi inisiatif yang positif, sekali gus menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk berani mencuba, menonjolkan kreativiti dan membina keyakinan diri sejak kecil.
Kejayaan musim pertama ini menjadi permulaan kepada usaha berterusan Sirap Limau untuk meraikan keunikan setiap kanak-kanak serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk menyerlahkan potensi diri.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/pentaslittlestar/index.html dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @mysiraplimau.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

