Pengurangan kadar tersebut adalah mengikut tempoh denda dikenakan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pengurangan kadar kompaun trafik di sekitar ibu kota berkuat kuasa serta-merta
Menerusi hantaran DBKL di Facebook, pemilik kereta dan motosikal kini boleh menyelesaikan kompaun trafik DBKL pada kadar baharu yang ditetapkan ini.
Menurut DBKL, kadar RM5 dikenakan bagi setiap kompaun yang dikeluarkan sebelum 2021, manakala kompaun direkodkan selepas 2021, tawaran pengurangan ditetapkan adalah sebanyak RM10.

Berikut adalah platform yang anda boleh guna untuk melakukan pembayaran:
- Kaunter bayaran DBKL
- Kaunter Pos Malaysia
- Aplikasi PAY@KL
- Portal PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my
Dengan adanya kedua-dua platform pembayaran secara fizikal dan dalam talian ini, ia mampu memudahkan orang ramai melakukan pembayaran kompaun mengikut kaedah pilihan masing-masing.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
