Cepat grab tiket korang!
Cover image via Kosmo! & `Harian Metro
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat kumpulan rock popular Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), anda kini berpeluang mendapatkan tiket tambahan untuk menyaksikan persembahan mereka di Kuala Lumpur pada November ini!

Menurut laporan Kosmo!, penganjur konsert, Hello Universe, mengumumkan pembukaan zon baharu bagi kategori Tier 3 menerusi platform media sosial GoLive Asia selepas sebahagian peminat sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket
Jualan tiket tambahan itu akan dibuka pada 22 Oktober 2026, sekali gus memberi peluang terakhir kepada peminat yang mahu menyaksikan kumpulan popular menerusi lagu Helena dan Welcome to the Black Parade itu secara langsung.
Pengumuman tersebut turut melegakan peminat yang sebelum ini bimbang mengenai status penganjuran konsert berkenaan susulan dakwaan di media sosial bahawa persembahan itu mungkin dibatalkan kerana kurangnya promosi menjelang tarikh acara.
Bagaimanapun, pembukaan tiket tambahan itu menunjukkan konsert berkenaan masih dijadualkan berlangsung seperti dirancang

Dalam kenyataan yang dikongsikan, penganjur memaklumkan bahawa zon tambahan berkenaan dibuka khusus untuk peminat yang terlepas peluang mendapatkan tiket pada jualan terdahulu.
Peminat yang dikenali sebagai Killjoys disarankan memasuki ruang menunggu dalam talian 30 minit sebelum jualan tiket bermula bagi memudahkan urusan pembelian.
Konsert My Chemical Romance South East Asia 2026 dijadual berlangsung selama dua malam, iaitu pada 19 dan 20 November 2026, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kehadiran MCR ke Malaysia pastinya dinantikan peminat yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan itu, khususnya selepas sekian lama mereka tidak mengadakan persembahan di negara ini.
Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan tiket menerusi laman web rasmi GoLive Asia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
