Penutupan operasi persekolahan ini turut melibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor dan Pahang.
Cover image via NSTP/Aswadi Alias & Bernama
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya diperintah tutup pada hari esok, Selasa, 13 Oktober 2026
Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi sebuah kenyataannya di laman sosial berkaitan situasi semasa jerebu membabitkan operasi persekolahan.
Penutupan operasi persekolahan ini turut melibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor dan Pahang.
"Penutupan turut melibatkan sekolah di bawah PPD Hulu Langat, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat dan PPD Sepang di Selangor serta sekolah di PPD Kuantan dan PPD Rompin, Pahang," katanya.

Sekolah yang masih beroperasi seperti biasa dinasihatkan memantau aktiviti luar yang akan dijalankan
Menurut Fadhlina, bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa.
"Ibu bapa, murid dan warga sekolah juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.
"Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
