Ini bilik atau pejabat?

By Mike | 22 Oct 2026, 02:49 PM
Cover image via @kamaghul
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang pemilik rumah yang mahu menyediakan bilik sewa baru-baru ini telah mendapat kecaman daripada orang ramai
Dikongsikan di X oleh @kamaghul, menunjukkan video keadaan satu rumah yang dikatakan untuk disewa.
Lebih mengejutkan bilik sewa yang dikatakan untuk disewa itu sebenarnya tidak wujud. Apa yang ada hanya pembahagi ruang (partition) seperti pejabat sebagai ruang "bilik".
"Keras hidup sekarang. RM280 ni sewa bilik ke atau sewa kotak? Dengan partition office kau buat macam bilik sewa. Asal benda jadi duit je ni," katanya.
Lebih merisaukan, berdasarkan tangkapan skrin perbualan di WhatsApp dengan tuan rumah. Dia memaklumkan bahawa semua bilik yang tersedia telah penuh diisi oleh penyewa lain.
Bahagian ruang tamu yang berhadapan dengan tangga juga telah diubah suai secara ala kadar menggunakan partition dan diletakkan katil bersaiz bujang di dalamnya.

Tuan rumah tanpa segan silu promosikan kemudahan lain
Melihat perbualan itu, tuan rumah sebaliknya terus mempromosikan parking, jumlah tandas dan soalan sama ada orang itu berminat atau tidak.
Netizen yang melihat video tersebut juga terkejut dengan tindakan pemilik rumah itu kerana terlalu melampau dan mahukan keuntungan semata-mata.

"Kerja dalam cubicle, balik rumah hadap cubicle, tinggal dalam cubicle"
"Perkara ini sangat tidak berperikemanusiaan."
"Dah macam pusat pemindahan banjir."
"Macam ikan tersangkut dalam akuarium."

Ramai meluahkan bahawa isu menyewakan "bilik" seperti ini sudah tidak terkawan dan berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memantau pengubahsuaian bilik sewa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
