Perkataan 'soya' boleh ditemukan dalam kedua-dua bahasa, meskipun penggunaannya berbeza mengikut konteks.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebut air soya atau susu soya, ramai mungkin menganggap perkataan tersebut hanya digunakan dalam bahasa Melayu
Namun, tahukah anda bahawa 'soya' sebenarnya turut diiktiraf sebagai perkataan bahasa Inggeris?
Menurut Oxford Learner's Dictionary, perkataan 'soya' boleh ditemukan dalam kedua-dua bahasa, meskipun penggunaannya berbeza mengikut konteks.
Perkataan 'soya' merujuk kepada tumbuhan yang menghasilkan kacang soya serta makanan yang diperbuat daripada kacang tersebut.

Menariknya, ejaan perkataan itu turut bergantung pada variasi bahasa Inggeris yang digunakan.
Dalam bahasa Inggeris British, ejaan 'soya' lebih lazim digunakan. Sebaliknya, bahasa Inggeris Amerika lebih cenderung menggunakan perkataan 'soy'.
Perbezaan ini dapat dilihat pada label produk makanan dan minuman. Sebagai contoh, istilah 'soya milk' biasanya digunakan dalam bahasa Inggeris British, manakala 'soy milk' lebih lazim ditemukan dalam penggunaan bahasa Inggeris Amerika.
Perkataan 'soya' turut direkodkan dalam kamus dewan
Bukan itu sahaja, perkataan 'soya' juga disenaraikan dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Maksudnya merujuk kepada perkara yang sama seperti dalam bahasa Inggeris, termasuk penggunaannya dalam istilah makanan seperti kacang soya dan susu soya.
Dari sudut sejarah pula, kacang soya sudah lama menjadi sumber makanan penting di Asia Timur sebelum produk berasaskannya tersebar ke pelbagai bahagian dunia.

Perkembangan perdagangan dan hubungan antara masyarakat turut menyebabkan istilah berkaitan kacang soya digunakan dalam pelbagai bahasa.
Malah, Oxford Learner's Dictionary mengaitkan perkataan 'soya' dengan istilah Belanda, iaitu 'soja'.
Jadi, tidak hairanlah jika perkataan yang sering digunakan ketika membeli minuman di pasar malam ini sebenarnya mempunyai sejarah penggunaan merentas bahasa dan budaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
