Gambar-gambar tersebut turut didakwa dijual menerusi platform aplikasi Telegram.
Cover image via TAP & Ahmad Hasbi
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban dilaporkan menjadi mangsa suntingan gambar bogel hasil penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI)
Menerusi laporan Harian Metro, gambar mengaibkan tersebut difahamkan bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan malah didakwa turut dijual menerusi platform aplikasi Telegram.
Peguam, Ng Kian Nam berkata perkara itu dikesan pada Ogos lalu apabila seorang pelajar menemui satu telefon pintar tanpa kata laluan di dalam surau sekolah itu dan menemui gambar lucah terbabit.
"Dalam kejadian 12 Ogos itu, pelajar tingkatan dua berkenaan kemudian menghantar gambar berkenaan ke Instagram kakaknya yang berusia 17 tahun.
"Gambar berkenaan adalah muka pelajar sekolah itu yang disunting tanpa pakaian menggunakan AI. Difahamkan pelajar ini meletakkan semula telefon berkenaan (di tempat asal) sebelum diambil guru disiplin sekolah," katanya.
Menurutnya, pemilik telefon tersebut juga disahkan milik seorang pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

NG Kian Nam (tengah).
Image via Ahmad HasbiLima laporan polis dibuat berhubung kejadian pada 20 Ogos termasuk oleh ibu bapa pelajar yang menjumpai telefon berkenaan
Kian Nam berkata satu perjumpaan diadakan antara ibu bapa dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) dan mereka bersetuju untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).
"Pada 15 September lalu, satu perjumpaan antara ibu bapa, wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), LPS, pihak sekolah dan pegawai JPN diadakan. Dalam pertemuan ini, pihak sekolah mengaku dan mengesahkan terdapat lebih 300 mangsa yang terbabit dalam kes suntingan gambar bogel menggunakan AI itu," katanya.
Tambahnya, pelajar lelaki terbabit juga telah digantung sekolah dan pihak sekolah sudah mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan jabatan.
Bagaimanapun beliau berkata, semua ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai status gambar anak mereka dan tidak diberitahu kejadian yang sebenarnya berlaku.
"Ibu bapa pelajar yang menjumpai telefon bimbit juga tidak berpuas hati apabila dua anak mereka diminta untuk tanda tangan satu surat akujanji supaya tidak mendedahkan kejadian itu sekiranya tidak mahu diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata, satu surat dihantar kepada Balai Polis Jalan Champbell, di sini untuk menuntut satu siasatan yang lebih menyeluruh. Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima lima laporan polis daripada ibu bapa berhubung penyebaran gambar itu dari 20 hingga 23 Ogos lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
