Bagusnya idea ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang lelaki mencipta sebuah simulasi haji dan berkongsi di laman Threads
Menerusi perkongsian daripada @irfanmas92, lelaki tersebut berkata dia menggunakan banyak duit untuk menghasilkan prototype itu.
Apa yang menariknya, permainan tersebut juga mempunyai suara orang berzikir ketika simulasi bergerak.
"Prototype Simulasi Haji versi 3D. Banyak juga nak guna duit untuk buat. Ada suara orang yang baca zikir. Pelan-pelan kita kayuh ya," katanya.

Difahamkan, simulasi berkenaan dijual pada harga hanya RM7 sahaja
Tujuan simulasi itu dibuat adalah untuk membantu sesi pembelajaran dan memudahkan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami cara-cara melakukan ibadah haji dengan pemahaman lebih mudah.
"Game simulasi haji Tamatuk yang saya buat. Takde la power mana, tapi boleh la membantu sesi pembelajaran. Buat pun style 2D je," katanya lagi.
Menurutnya lagi, 50 orang boleh bermain game itu dalam satu masa yang sama.


Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
