KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas mencatat kemenangan straight set pada Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland hari ini.
Pada perlawanan akhir, pasangan Malaysia itu menewaskan beregu Taiwan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dengan keputusan 21-19, 21-19 dalam tempoh 41 minit.
Aaron dan Roy King menyertai kejohanan itu dengan menduduki ranking ke-348 dunia manakala lawan mereka dari Taiwan berada di kedudukan ke-60 dunia.
Terbuka Artik menjadi penampilan sulung Aaron dan Roy King sebagai gandingan baharu negara.
Hasil kemenangan dua set itu, gandingan baharu berkenaan berjaya menamatkan penampilan pertama pada kejohanan bertaraf Super 500 dengan merangkul kejuaraan sulung mereka.
