Terlepas impian nak ada 'number plate custom'.

By Mike | 22 Oct 2026, 07:14 PM
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan individu
Nombor pendaftaran individu membenarkan seseorang itu untuk menggunakan abjad sendiri, nombor sendiri atau gabungan mana-mana huruf dan simbol sendiri. Banyak negara di luar yang membenarkan orang untuk menempah khas nombor pendaftaran mereka sendiri.
Dilaporkan oleh Harian Metro, sistem nombor pendaftaran ini berpotensi untuk menjana pendapatan lebih tinggi tetapi kerajaan memutuskan untuk mengekalkan sistem sedia ada yang menggunakan kombinasi huruf dan nombor seperti diamalkan sejak puluhan tahun.

"Cadangan itu pernah dibincangkan namun kami tidak bercadang untuk mengeluarkan nombor pendaftaran kenderaan mengikut nama.
"Kami akan mengekalkan sistem sedia ada yang menggunakan kombinasi huruf dan nombor seperti diamalkan sejak puluhan tahun lalu.
"Walaupun ia mungkin berpotensi menjana hasil yang tinggi, kami berpendapat sistem sedia ada perlu dikekalkan,"
kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Image via Harian Metro / Mohd Amin JalilKementerian akan tetap meneruskan pengeluaran dua hingga tiga siri nombor pendaftaran khas
Menurut Loke, kementerian tetap akan mengeluarkan nombor pendaftaran khas setiap tahun bagi menjana pendapatan untuk membantu rakyat.
Bulan lepas, nombor pendaftaran H telah dilancarkan dan berjaya menjana hasil sebanyak RM91.2 juta.

Beberapa hasil itu turut telah disalurkan kepada 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa termasuk 15,000 pemandu bas sekolah dengan bantuan RM1,000.
Loke menambah, Perdana Menteri dan beliau bersetuju jika wang ini dikembalikan kepada rakyat (pemandu).
Penerima bantuan menerusi fasa seterusnya juga akan disalurkan kepada akaun bank masing-masing.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
