Difahamkan, hampir empat daripada 10 warga emas tinggal bersendirian.

By Mike | 13 Oct 2026, 03:08 PM
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu kematian sunyi kini telah menjadi kebimbangan di seluruh dunia termasuk Malaysia
Kematian sunyi di Malaysia banyak melibatkan golongan warga emas yang meninggal dunia tanpa disedari orang ramai dan sudah terdapat banyak kes-kes dimana warga emas meninggal dunia hanya dijumpai beberapa hari selepas kejadian.
Fenomena ini telah merujuk kepada situasi di mana individu telah meninggal dunia bersendirian di kediaman mereka tanpa disedari oleh sesiapa, sehingga mayat hanya ditemui selepas beberapa hari, minggu atau bulan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Free Malaysia Today600,000 orang memenuhi lima kriteria 'penuaan sihat'
Menurut laporan daripada Kosmo, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 menunjukkan keseluruhan 4.1 juta rakyat berusia 60 tahun dan ke atas hanya kira-kira 600,000 orang memenuhi lima kriteria 'penuaan sihat'.
Mereka ini dikategorikan begitu kerana mempunyai sokongan sosial yang tinggi dan tidak ada kekangan kognitif, bebas daripada kemurungan, mampu berdikari serta bebas penyakit kronik atau berpenyakit kronik yang terkawal.
Tinjauan sama merekodkan 18.8% atau kira-kira 770,800 warga emas di negara ini tinggal bersendirian. Peningkatan ini adalah hampir tiga kali ganda berbanding 6.3% pada 2018.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoHampir empat daripada 10 warga emas tinggal bersendirian
61.3% daripada mereka mempunyai sokongan sosial yang tinggi, angka sama turut bermakna hampir empat daripada 10 warga emas tinggal bersendirian tanpa sokongan sedemikian. Mereka ini berisiko kepada kematian sunyi.
Kebanyakan kematian sunyi hanya dikesan selepas orang awam mengadu tentang bau busuk dari dalam rumah sementara kelibat penghuni sudah beberapa hari tidak kelihatan.
Menurut pakar Prof Madya Dr. Rahimah Ibrahim yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia, dianggarkan terdapat 3,500 kes kematian bersendirian di seluruh Malaysia.

Gambar janaan AI
Image via Google GeminiAntara faktor mereka tinggal bersendirian adalah anak-anak yang berhijrah untuk mencari pekerjaan dan kehidupan sendiri.
"Walaupun anak sentiasa telefon, video call dan sebagainya, mungkin secara fizikal ataupun berdepan mereka tidak melihat perubahan ibu bapa secara langsung, sama ada kesukaran bergerak, mengurus diri ataupun menjalankan rutin harian," katanya.
Perubahan kesihatan warga emas mungkin tidak disedari oleh anak-anak yang tinggal berjauhan sekaligus melambatkan bantuan.
Penggunaan teknologi pintar boleh membantu mengesan perubahan rutin harian warga emas lebih awal supaya amaran lebih awal sampai ke ahli keluarga, penjaga, atau agensi berkaitan mengikut tahap kecemasan.
Jepun telah lama menangani fenomena kodokushi atau kematian bersendirian ini menggunakan peranti pintar yang dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan pengesanan kecemasan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
