Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Antara pertimbangan utama sebelum memiliki kenderaan elektrik (EV) ialah keupayaan jarak pemanduannya untuk sekali cas
Bagi Leapmotor B10, pemanduan jarak jauh dengan sekali cas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bukan satu masalah. SUV elektrik ini direka khas untuk pemanduan harian yang menawarkan jarak perjalanan jauh, sistem pengecasan pantas, teknologi pintar, serta ruang kabin yang praktikal.
Lebih menarik, Leapmotor B10 kini dipasang secara tempatan di Gurun, Kedah, namun harganya kekal pada RM118,800, sama seperti harga model import (CBU) sebelum ini dan setiap pembelian turut disertai EZ5 Package bernilai keseluruhan sehingga RM11,188 yang menjadikan tawaran ini semakin sukar untuk dilepaskan.
Cas sekali dah boleh gerak rentas negeri

Bagi anda yang masih ragu-ragu tentang kemampuan EV untuk perjalanan jauh, Leapmotor B10 menawarkan jarak perjalanan sehingga 434 km dalam satu cas penuh berdasarkan standard WLTP.
Dalam bahasa mudah, jarak ini memberikan ruang untuk anda merancang perjalanan jauh seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan sekali cas, bergantung kepada keadaan jalan, gaya pemanduan dan faktor lain yang mempengaruhi penggunaan bateri.
Kalau bateri perlu dicas ketika dalam perjalanan, anda juga tak perlu menunggu terlalu lama.
Dengan DC Fast Charging, bateri Leapmotor B10 boleh dicas daripada 30% hingga 80% dalam masa kurang 20 minit. Masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk berhenti makan atau sekadar mengambil secawan kopi. Selesai makan atau minum, anda boleh kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan.
Reka bentuk moden dan menonjol

Tidak hanya berkuasa tinggi, reka bentuk luaran Leapmotor B10 juga moden dan sporty.
Antara tarikan utamanya ialah lampu belakang Wing Star LED dan Star Ring Dynamic Fender, yang dipadankan dengan rim aloi 18 inci Star Sports, garisan badan Cloud Trail Waistline serta pemegang pintu tersembunyi.
Gabungan ini memberikan B10 penampilan yang lebih kemas dan futuristik. Pemegang pintu yang rata juga membantu menghasilkan bentuk badan yang lebih aerodinamik, dengan pekali seretan serendah 0.265.
Maka, tak hairanlah Leapmotor B10 menerima pengiktirafan French Design Award Gold Award 2025 dan 2025 Platinum Winner, MUSE Creative Awards.
Kabin luas, mewah serta selesa

Bagi perjalanan jarak jauh, ruang dalam kereta memainkan peranan penting. Mengetengahkan konsep First-Class Cabin, Leapmotor B10 menggabungkan keselesaan dengan beberapa ciri moden seperti:-
- Pencahayaan & Suasana: Suasana ruang terasa amat lapang menerusi bumbung panoramik seluas 1.8m² bersama pelindung matahari elektrik, serta 64 pilihan warna pencahayaan ambien yang boleh diselaraskan mengikut rentak muzik.
- Material Mesra Alam & Kesihatan: Tempat duduknya menggunakan bahan berasaskan arang buluh dengan pelekat berasaskan air yang rendah bau. Kualiti ruang dalamannya diiktiraf menerusi penarafan OEKO-TEX Standard 100 dan VOC Free (bebas sebatian organik mudah meruap).
- Ergonomik & Kemudahan: Dilengkapi penyandar lengan terapung yang terbina bersama fungsi pengecas tanpa wayar (wireless charger).
- Ruang Simpanan & Kargo Versatil:
- Kapasiti but boleh diluaskan daripada 430 liter hingga 1,700 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
- Mempunyai ruang simpanan hadapan (frunk) 25 liter untuk barang kecil.
Ciri ADAS bantu pemanduan lancar

Selain membantu perjalanan menjadi lebih mudah, Leapmotor B10 turut dilengkapi 17 ciri Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) yang memantau keadaan di sekeliling kenderaan secara masa nyata. Ciri ini direka untuk membantu pemandu dalam situasi tertentu supaya pengalaman memandu menjadi lebih yakin.
Ketika parkir pula, kamera 360 darjah bersama sensor belakang membantu memberikan pandangan yang lebih menyeluruh di sekeliling kereta. Ini boleh memudahkan anda ketika keluar masuk ruang parkir atau bergerak di kawasan yang sempit.
Dari segi pemanduan, B10 menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan talaan khusus daripada continental.
Pemilikan mudah menerusi EZ5 package
Satu daripada hambatan utama bakal pembeli EV ialah kos permulaan tambahan seperti insurans dan pemasangan perkakasan pengecas di rumah.
Bagi melicinkan proses peralihan ini, Leapmotor mewujudkan EZ5 Package bernilai sehingga RM11,188, merangkumi:
- Sokongan Insurans: RM4,000
- Filem Penapis Haba Premium Guard Elite Tint: Bernilai RM1,600
- 22kW Wallbox Charger: Bernilai RM3,888
- Kredit Pengecasan Charge EV: Bernilai RM1,200
- Exclusive Leapmotor Key Fob: Bernilai RM500
Menerusi pakej komprehensif ini, pembeli bukan sekadar memiliki kenderaan baharu, malah terus menerima kelengkapan asas pemilikan EV secara serentak tanpa kos tersembunyi. Lebih istimewa lagi, pembelian Leapmotor B10 turut didatangkan bersama waranti dua waranti.
- Waranti Kenderaan: 6 tahun atau 150,000 km (mana-mana tiba dahulu).
- Waranti Bateri: 8 tahun atau 160,000 km (tertakluk kepada terma & syarat).
Dapatkan Leapmotor B10 hari ini

Dengan penetapan harga RM118,800 (kekal untuk unit pemasangan tempatan) serta manfaat bernilai RM11,188 menerusi EZ5 Package, Leapmotor B10 menawarkan tawaran pemilikan EV paling lengkap, praktikal, dan berbaloi dalam kelasnya.
Berada di bawah naungan Cycle & Carriage yang menguruskan operasi dan pengedaran tempatan, kunjungi bilik pameran Leapmotor Cycle & Carriage terdekat hari ini dan tempah sesi pandu uji anda di lokasi-lokasi dibawah:
Sekitar Lembah Klang:
- Allure Desapark City
- Allure USJ
- Atlantis Glenmarie
- Cycle & Carriage Glenmarie Flagship
- Cycle & Carriage Pavilion Bukit Jalil
- Cycle & Carriage Plaza 33, Petaling Jaya
- Cycle & Carriage Setia Alam
Bahagian utara Semenanjung Malaysia:
- Allure Ipoh
- Cycle & Carriage George Town
Bahagian selatan semenanjung Malaysia:
- Cycle & Carriage Kempas, Johor Bahru
- Cycle & Carriage Paradigm Mall JB
- Public Star Seremban
- Sing Kwung Melaka
Sabah dan Sarawak:
- Heng Lian Kuching
- MG Miri
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Leapmotor B10 di laman rasmi Cycle & Carriage.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
