Semua kerjasama dan keprihatinan dalam mematuhi arahan ini amat dihargai.

By Mike | 23 Oct 2026, 12:50 PM
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Selangor akan ditutup sepenuhnya sehingga 31 Januari 2027
Penutupan ini telah diumumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sebagai langkah berjaga-jaga susulan musim tengkujuh untuk mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengunjung.
Orang ramai dinasihati agar tidak memasuki mana-mana kawasan hutan yang ditutup sepanjang tempoh penutupan ini.
Keadaan cuaca juga tidak menentu dan kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini sangat tinggi terutamanya pada musim tengkujuh.
JPNS juga memesan agar orang ramai tidak mengambil risiko untuk memasuki kawasan ebrkenaan.
Semua kerjasama dan keprihatinan dalam mematuhi arahan ini amat dihargai demi keselamatan diri dan keluarga.

Sudah banyak kes kejadian pendaki hilang sebelum ini
Semalam sahaja terdapat satu kejadian dimana dua mayat pendaki telah dijumpai dihanyutkan oleh arus deras dan dijumpai di dasar Air Terjun Lubuk Tupai.
Kedua-dua pendaki berkenaan dilaporkan hilang selepas dihanyutkan oleh arus deras ketika mandi di sana.
Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Muhamad Aidil Aiman Muhammed Bajuri, 23, dan Muhammad Aidil Imran Mohd Nor Aziz, 21 dijumpai di dasar air terjun pada kedalaman lima meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit pada jam 12.13 tengah hari semalam.

Petugas penyelamat terpaksa berjalan kaki dan mendaki laluan berbukit sejauh empat hingga lima kilometer dari Kem Pangkalan Kampung Hulu Rening ke Lubuk Tupai.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kumpulan enam individu terbabit menjalankan aktiviti mendaki dan dua daripada mereka mandi di sungai berkenaan.

"Mangsa pertama ditemui pada jam 2.15 petang, manakala mangsa kedua ditemui 10 minit kemudian di dasar air terjun pada kedalaman kira-kira lima meter," katanya.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Empat rakan mangsa yang lain telah diiring kelaur dari lokasi dah diserahkan kepada pihak polis.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
