Cawangan pertama Panda Tata kini boleh dilawati di NU Sentral setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri makanan segera tempatan kini menerima kehadiran jenama burger baharu, Panda Tata, yang membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur dengan memperkenalkan konsep burger inovatif berasaskan roti buatan tangan yang dibakar segar, sos istimewa serta pilihan perisa yang diinspirasikan daripada cita rasa Asia
Pengurus Operasinya, Daniel Leng berkata, jenama asal Guangzhou, China itu memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi sulung pengembangannya di peringkat antarabangsa kerana kedudukannya yang strategik serta potensi pasaran F&B tempatan yang dinamik.
"Kami mengetengahkan konsep 'Freshly Baked Chewy Bun' di mana setiap roti burger diuli secara manual dan dibakar segar di premis dalam masa hanya tiga minit.
"Bagi mengekalkan kualiti dan tahap kesegaran yang optimum, kami menetapkan piawaian ketat di mana roti yang telah siap dibakar melebihi 30 minit tidak akan digunakan untuk hidangan pelanggan,"
katanya.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam memastikan setiap pelanggan menikmati burger yang disediakan menggunakan roti segar dan berkualiti.
Bagi Panda Tata, roti bukan sekadar pelengkap kepada burger, sebaliknya merupakan elemen penting yang menentukan keseluruhan pengalaman menikmati hidangan tersebut.
Konsep dapur terbuka, pelanggan boleh saksikan proses penyediaan burger
Selain menitikberatkan kesegaran makanan, Panda Tata turut memperkenalkan konsep dapur terbuka (open kitchen) yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan roti burger secara langsung.
Menerusi konsep ini, pelanggan berpeluang menyaksikan proses penghasilan roti, bermula daripada penyediaan doh, pembakaran sehingga burger siap dihidangkan.
Konsep dapur terbuka ini bukan sahaja memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih menarik, malah mencerminkan ketelusan jenama dalam memastikan kebersihan, kualiti serta kesegaran makanan.
Panda Tata percaya bahawa setiap burger yang berkualiti bermula daripada proses penyediaan yang teliti dan penggunaan bahan-bahan yang segar.
Gabungan cita rasa Asia dengan sos rahsia istimewa
Panda Tata turut membawa kelainan menerusi pembangunan menu burger yang menggabungkan inspirasi masakan Asia dengan konsep burger moden.
Antara variasi perisa yang diperkenalkan dalam konsep produk jenama ini termasuk Burger Keju Kari, Burger Daging Berperisa Satay serta Burger Ayam dengan Sos Kelapa, selain pelbagai pilihan inovatif yang lain.
Keunikan produk ini turut diperkukuh dengan penggunaan PT Handmade Sauce, iaitu sos istimewa yang dihasilkan berdasarkan resipi eksklusif jenama tersebut.

Antara tarikan tambahan yang ditawarkan ialah kemudahan minuman ringan isi semula tanpa had (free flow soft drinks), membolehkan pelanggan menikmati minuman bersama hidangan burger mereka dalam suasana yang santai.
Kemudahan ini menjadikan Panda Tata sebagai pilihan untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan bersama keluarga, rakan-rakan mahupun rakan sekerja.
Dengan gabungan makanan segar, konsep dapur terbuka, pilihan perisa kreatif dan pengalaman menjamu selera yang mesra pelanggan, Panda Tata berusaha membina kedudukan tersendiri dalam pasaran makanan segera tempatan.
Bagi orang ramai yang ingin mencuba sendiri keistimewaan burger 'handmade' ini, cawangan pertama Panda Tata kini boleh dilawati di NU Sentral (Aras Concourse, Unit CC.17 & CC.17A), No. 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, dengan waktu operasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
