Langkah itu bertujuan mengelakkan ibu bapa terbeban dengan urusan mengambil dan menghantar anak berulang kali berikutan penutupan sekolah yang berlaku secara berulang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Murid-murid asrama disarankan untuk terus berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan mereka terjamin
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan ibu bapa terbeban dengan urusan mengambil dan menghantar anak berulang kali berikutan penutupan sekolah yang berlaku secara berulang.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata pihaknya turut memahami keresahan ibu bapa berhubung situasi berkenaan.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek
Image via Malaysia KiniImage viaBagaimanapun, Fadhlina menjelaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh berubah mengikut masa dan lokasi. Oleh itu, keputusan penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di kawasan terjejas
Menurutnya, pengurusan jerebu turut membabitkan tanggungjawab beberapa agensi, termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memantau kualiti udara serta Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa.
Dalam pada itu, beliau berkata pengalaman ketika pandemik COVID-19 menunjukkan gangguan persekolahan boleh memberi kesan besar terhadap pembelajaran murid.
Justeru, usaha menangani keciciran pembelajaran akan terus dilaksanakan, khususnya kerana kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak dapat diakses secara sama rata oleh semua murid.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa KPM akan terus memantau keadaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain menambah baik penyampaian maklumat kepada ibu bapa.
Beliau turut menghargai pandangan dan kesabaran ibu bapa sepanjang berdepan situasi jerebu yang menjejaskan operasi persekolahan.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
