Kilang tersebut dilaporkan sedang dalam proses memberhentikan pekerjanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama biskut popular Malaysia, Lee Biscuits Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai sejarah selama 92 tahun, akan menghentikan operasinya di Pontian menjelang akhir bulan ini
Menerusi laporan China Press, syarikat itu akan menghentikan pengeluaran di kilangnya di Pontian, Johor, dan tiada rancangan untuk meneruskan pengeluaran pada masa hadapan.
Difahamkan, para pembekal dan pelanggan telah menerima notis mengenai penghentian pengeluaran tersebut sejak bulan lalu.
Kilang itu juga dilaporkan sedang dalam proses memberhentikan pekerjanya, manakala laman web rasmi syarikat tersebut kini tidak dapat diakses.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng mengesahkan bahawa beliau telah menerima berita mengenai penutupan kilang tersebut yang bakal berlaku.
Difahamkan, penutupan kilang itu berkait dengan keputusan syarikat untuk menyusun semula perniagaannya.

Kilang pengetinan nanas milik syarikat itu di Skudai turut ditutup pada tahun 2023, satu peristiwa yang mendapat perhatian meluas ketika itu
Lee Biscuits diasaskan pada tahun 1934 oleh Tan Sri Lee Kong Chian, seorang tokoh perniagaan terkemuka yang memiliki empayar perniagaan merangkumi pengeluaran getah dan nanas.
Dikenali sebagai 'Raja Getah' dan 'Raja Nanas', beliau juga merupakan seorang tokoh perbankan yang memainkan peranan dalam penggabungan yang membawa kepada penubuhan OCBC Bank Ltd, lapor The Edge.
Antara produk utama Lee Biscuits ialah biskut masin (saltine crackers), biskut Marie, biskut inti pisang (banana puffs), biskut sandwic lemon, dan biskut 'iced gem' (biskut kecil dengan hiasan aising berwarna-warni).
Syarikat itu juga merupakan antara pengeluar perintis di Malaysia dan Singapura yang memperkenalkan biskut gandum penuh berkhasiat tinggi yang mengandungi spirulina, lapor China Press.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS

Cover image via