TEHRAN: Sebuah kapal kontena membawa lebih 2,500 kontena karam di perairan selatan Selat Hormuz selepas terkena periuk api laut dan terbakar, lapor Agensi Berita Republik Islam memetik kenyataan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
IRGC dalam kenyataan berkata, kapal itu terkena periuk api laut sehingga berlaku letupan dan kebakaran besar, ia tenggelam pada pagi Rabu selepas kebakaran semakin marak.
Tentera Laut IRGC menggesa kapal tempatan dan nelayan berwaspada sepenuhnya ketika melalui kawasan itu bagi mengelakkan pelanggaran dengan kontena yang terapung di permukaan air.
