Bagus kalau semua penduduk sepakat macam ini, barulah another level of duduk flat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usaha sekumpulan penduduk Flat Selayang Mulia mencantikkan kawasan kediaman mereka mencuri perhatian apabila ruang berhampiran lif yang dahulunya suram kini kelihatan seperti lobi hotel
Transformasi itu tular selepas seorang pengguna Threads, @ilaalnk berkongsi gambar sebelum dan selepas kawasan berkenaan dihias dengan lantai bercorak marmar, panel dinding, pencahayaan serta hiasan bunga.
Menurutnya, projek itu hasil kerjasama penduduk pelbagai kaum termasuk Melayu, India dan Pakistan yang tinggal di aras sama.
"Jiran-jiran yang sporting! Melayu, India dan Pakistan. Bukan Malaysian dah ni, tapi international. Alhamdulillah level kami juara bulan ini.
"Ini pun idea dari pihak pengurusan, selain bertanding dapat eratkan lagi hubungan sesama jiran. Dari tak kenal jadi kenal,"
katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai kos, beliau memaklumkan setiap penduduk menyumbang sekitar RM50 hingga RM100 sebulan, selain menerima tajaan wang dan barangan
Keseluruhan kos projek dianggarkan antara RM2,000 hingga RM3,000. Penduduk turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kawasan itu terus terpelihara.
Usaha berkenaan turut mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan yang menyifatkannya sebagai contoh baik semangat kerjasama masyarakat.
"Alhamdulillah, terbaik! Teruskan semangat kerjasama, bantu membantu dan menjaga persekitaran kita. Contoh yang baik untuk kita semua, alhamdulillah!" katanya.



Perkongsian itu turut mengundang komen pengguna media sosial yang menyifatkan kawasan berkenaan terlalu selesa sehingga kelihatan seperti lobi hotel.
"Luar rumah pun macam lobi hotel dah, kipas TV semua ada," tulis seorang pengguna. Seorang lagi mengakui perubahan itu membuatkan penghuni lebih bersemangat untuk pulang ke rumah.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
