Sementara itu, sebanyak 38 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 179 setakat jam 2 petang, hari ini

Menurut laporan Buletin TV3, berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 28 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Antara kawasan yang turut terjejas ialah Klang dan Johan Setia, Selangor dengan bacaan 175; Nilai, Negeri Sembilan (174); Bukit Rambai, Melaka (173) serta Pengerang, Johor (170).
Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur merekodkan bacaan 169, diikuti Kota Tinggi, Johor (168).
Putrajaya, Bandaraya Melaka, Larkin, Johor dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 166, manakala Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan 165.
Shah Alam dan Banting, Selangor pula mencatatkan bacaan 162, diikuti Seremban, Negeri Sembilan (161); Alor Gajah, Melaka (158); Petaling Jaya, Selangor dan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang (156).
Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan 155, manakala Batu Pahat dan Kluang, Johor serta Paka, Terengganu masing-masing mencatatkan 153.
Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Tangkak, Johor (151); Rompin, Pahang (139); Sri Aman, Sarawak (126); IPD Serian (125) dan Kuala Terengganu, Terengganu (113).
Sementara itu, sebanyak 38 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana

Bagi tahap baik, Kangar, Perlis mencatatkan bacaan 48, manakala Langkawi, Kedah merekodkan 42.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 4 petang ini.
Kawasan terbabit termasuk Langkawi, Baling dan Kulim di Kedah; Kampar dan Kinta di Perak; Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu di Terengganu serta Gombak di Selangor.
Di Sarawak, amaran melibatkan Kanowit dan Selangau di Sibu; Julau di Sarikei; Serian; Kuching; Samarahan; Sri Aman; Betong serta Song di Kapit.
Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Membakut di Pedalaman; Kota Belud, Putatan, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar di Pantai Barat serta Kota Marudu di Kudat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
