Perniagaan berteraskan ihsan, KAB Gold tampil sumbang RM30,000 kepada asnaf sempena cawangan terbaharunya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat pelaburan dan perdagangan emas, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold), secara rasmi membuka cawangan baharunya di Setapak, Kuala Lumpur menerusi pendekatan perniagaan berteraskan keberkatan dan perkongsian rezeki bersama masyarakat
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas KAB Gold, Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri, berkata perniagaan bagi umat Islam tidak seharusnya berakhir dengan pencapaian keuntungan dan kemewahan semata-mata, sebaliknya perlu membawa manfaat kepada masyarakat.
Beliau berkata, prinsip itu mendorong syarikat berkenaan mengadakan program kebajikan sempena pembukaan cawangan baharunya di Setapak dengan mengagihkan RM30,000 kepada 60 penerima asnaf, masing-masing menerima RM500.
Tambahnya, sumbangan berkenaan menggunakan wang pemulangan semula yang diterima daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
"Sebanyak 30 penerima terdiri daripada asnaf di bawah MAIWP, manakala 30 lagi daripada komuniti setempat," katanya.
Yang turut hadir ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Ts. Zahir Hassan dan pendakwah selebriti, Ustaz Zul Ramli M Razali.
Khairul Anuar menjelaskan bahawa usaha membantu golongan memerlukan bukan perkara baharu baginya kerana masih menyantuni kira-kira 300 asnaf di sekitar Gombak sejak zaman pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Simpan hasrat lebih besar untuk membina sebuah masjid sekiranya dipermudahkan
Menurutnya, usaha kebajikan itu akan diteruskan seiring perkembangan perniagaan, malah beliau menyimpan hasrat lebih besar untuk membina sebuah masjid sekiranya dipermudahkan.
KAB Gold yang kini memasuki tahun keenam operasi mempunyai dua cawangan fizikal, masing-masing di Setapak dan Bandar Permata Lunas, Kedah, selain bekerjasama dengan Sahabat Ar Rahnu (SAR) Amanah Ikhtiar Malaysia (Koperasi Sahabat) Berhad menerusi tiga pusat kutipan di Miri, Pontian dan Kuala Terengganu.
Kerjasama itu membolehkan pelanggan di lokasi berkenaan mendapatkan perkhidmatan membeli, menebus dan mengeluarkan emas KAB Gold, dengan syarikat berkenaan menyasarkan penambahan pusat kutipan melalui rangkaian SAR seluruh Malaysia.
Dalam memastikan perniagaan berjalan selari dengan prinsip Islam, KAB Gold mengamalkan pendekatan dipandu syariah yang merangkumi operasi, pemasaran dan urusan dalaman syarikat.

Bagi tujuan itu, syarikat berkenaan melantik pensyarah Universiti Malaya, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, sebagai penasihat syariah untuk meneliti aspek berkaitan produk, kontrak jual beli, bahan pemasaran dan kempen perniagaan.
Pada masa sama, KAB Gold turut menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan, termasuk kempen Beli Emas Dapat e-MAS yang mempunyai nilai keseluruhan sekitar RM120,000 pada tahun lalu.
Khairul Anuar berkata, pembeli perlu melengkapkan diri dengan ilmu kewangan ketika menyimpan emas, khususnya dengan memberikan perhatian kepada pertambahan gram berbanding hanya memantau pergerakan harga dalam tempoh singkat.
"Nilai ihsan dalam perkhidmatan turut menjadi keutamaan syarikat bagi membina hubungan perniagaan jangka panjang," katanya.
Pembukaan cawangan baharu itu diraikan dengan jamuan empat ekor kambing bakar sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada pelanggan serta masyarakat setempat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
