Tak perlu ke KLIA dah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengguna di Lembah Klang tidak lama lagi akan mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan ke Sarawak dan Indonesia
Ia susulan syarikat penerbangan, Batik Air memperkenalkan tiga laluan terus baharu dari Subang pada bulan Disember ini.
Batik Air akan melancarkan penerbangan antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan Miri serta Sibu di Sarawak pada 1 Disember 2026.
Sementara itu, laluan Subang–Bali pula akan mula beroperasi pada 2 Disember.

Perkhidmatan baharu ini akan memperluas rangkaian Batik Air dari Subang, sekali gus memberikan alternatif kepada para pengembara selain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu melihat potensi untuk membangunkan Subang sebagai pintu masuk yang mudah bagi pengembara di Lembah Klang.
Beliau berkata, penambahan destinasi Miri dan Sibu akan mengukuhkan hubungan syarikat penerbangan itu dengan Malaysia Timur, manakala laluan ke Bali pula akan memperluas tawaran antarabangsa dari Subang.
Syarikat penerbangan itu juga merancang untuk meneroka peluang bagi menghubungkan Subang dengan lebih banyak destinasi, selaras dengan usahanya untuk terus membina rangkaian yang memenuhi keperluan pengembara bagi tujuan perniagaan, keluarga dan percutian.

Selain dua laluan domestik tersebut, Batik Air akan memperkenalkan penerbangan terus dari Subang ke Bali, Indonesia, bermula 2 Disember
Perkhidmatan ke Bali akan beroperasi empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Miri dan Sibu masing-masing akan beroperasi tiga kali seminggu.
Laluan-laluan baharu ini akan melengkapkan perkhidmatan sedia ada Batik Air dari Subang ke destinasi-destinasi lain, termasuk Bangkok, Singapura, Jakarta, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Langkawi.
Dengan adanya laluan tambahan ini, para pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk perjalanan perniagaan, kunjungan keluarga dan percutian tanpa perlu terlebih dahulu pergi ke KLIA.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan dan tempahan, sila layari laman web rasmi Batik Air di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
