PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada PRN Melaka pada pada 28 Okt ini, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf yang juga pengerusi BN negeri berkata calon yang diketengahkan kelak memikul amanah besar bagi meneruskan kesinambungan mandat dan memastikan kemenangan parti pada pilihan raya berkenaan, lapor Bernama.
"Jadi, insya-Allah saya akan buat pengumuman calon pada 28 Okt ini.
"Siapa juga calon, itulah calon yang akan membawa ombak-ombak perjuangan Umno dan BN," katanya yang dipetik sebagai berkata di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu di Sungai Udang.
PRN Melaka ditetapkan pada 14 Nov manakala 31 Okt sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian awal pada 10 Nov.
PRN Melaka pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan menang lima kerusi dan Perikatan Nasional meraih dua kerusi.
